Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Daging Masak Kurma Oleh Ramlee <ramlee@rock.com.my>
 
Bahan-bahannya:
2 kg daging lembu segar [ dipilih bahagian isi]
[Dipotong lebih kurang dua jari tebal persegi, cuci dan toskan]
 
bahan perap
50-60 biji bawang merah [dimayang & goreng rangup]
2 labu bawang besar [diblender]
5-6 ulas bawang putih [diblender]
1 1/2 inci halia
1/2 cawan buah badam [diblender]
3/4 cawan rempah kurma
1 cawan tomato sos
 
bahan tumis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil cengkeh
2 batang kulit kayu manis
3/4 cawan minyak sapi
 
bahan tambahan
daun pandan
buah kismis
ubi kentang [sebayakmana yang suka, dikupas dan dipotong empat]
karot [jika suka, dipotong besar, sukahati]
 
Cara-caranya:
Daging hendaklah di ramas-ramas dengan bawang gorengterlebih dahulu supaya rata
dan meresap.  Keudian, masukkan bahan-bahan untuk perap tadi serentak dan
perapkan ia selama 1/2 jam.
 
Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan untuk tumis.  Bila
sudah naik baunya, masukkan semua daging yang sudah diperapkan tadi.  Kacau
seketika supaya ianya rata di dalam periuk.  Masukkan sekali daun pandan, agar naik
wanginya dan tutup periuk tersebut.  Biarkan air daging keluar dan kelihatan basah. 
Masukkan juga sos tomato.  Jika anda suka kuah yang banyak, masukkan 1 cawan susu
cair dan kacau biar rata.  Jangan sekali-kali dimasukkan air, kerana kuah kurma ini akan
terjadi secara semulajadi dengan kelembapan daging, tomato sos dan susu cair.
 
Sukacita diingatkan, ketika memasukkan susu cair tersebut, kurma ini akan kelihatan
sedikit berbuih, tetapi ianya akan menjadi biasa apabila ia betul-betul masak.
 
Masukkan garam, serbuk perasa serta sedikit gula melaka untuk perasa.  Masukkan juga
ubi kentang, karot.  Tutupkan lagi periuk dan kacau sekali sekala.  Bila sudah betul-betul
masak, masukkan buah kismis tadi.
 

Begitulah lebih kurang caranya.  Tetapi hidangan ini akan lebih berseri lagi dengan
ditambah acar timun. 

Kembali Ke Pusat Pengumpulan Artikel...