Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

ACAR BUAH oleh Ms isma <eismaa@yahoo.com.sg>

Bahan-bahan untuk dijeruk

Cili padi 100 gram
Bawang putih 100 gram
Halia muda 100 gram
Bawang merah 100 gram
Buah-buah jeruk
Buah limau, kismis, buah prun,buah plum,mangga jeruk
dan buah kundur jeruk

Kesemua bahan-bahan ini dijeruk bersama 3 cawan cuka
dan 2 cawan gula semalaman.

Bahan-bahan Untuk Menumis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sm halia
sedikit kayu manis
sedikit bunga lawang
2 sudu teh buah pelaga
sedikit bunga cengkih
15 tangkai cili kering
3 sudu jem buah-buahan campuran
sedikit air

Tumis kesemua bahan-bahan tadi sehingga kekuningan,
masukkan cili yang sudah siap dikisar halus sehingga
garing dan masukkan jem. Kemudian masukkan bahan0bahan
yang sudah dijeruk semalaman bersama-sama buah-buah
jeruk yang lain. Masukkan air sehingga tenggelam
bahan-bahan tadi, masak hingga pekat.



Bahan-bahan Untuk Ditaburkan Kedalam Acar
Bijan
Biji Sawi
Halba
Gaulkan sehingga sebati, angkat dan simpan dalam bekas
yang kedap udara.

Kembali Ke Pusat Pengumpulan Artikel...